PERJUANGAN YANG PERNAH GAGAL
Sebuah perjuangan itu pada dasarnya memang melalui sebuah tangisan yang sukar dibendung. Kamu akan merintih dan menangis seolah-olah hari esok tiada pengharapan dan hari ini pemusnah masa depan.
Hurmm.. aku ingin menjelaskan satu pekara yang aku tidak minta untuk kalian semua menerima apa yang aku lontarkan.
Begini. Kamu boleh menangis seolah-olah hari esok tiada harapan. Menangislah sepuas-puasnya. Tapi kamu harus sedar bila tangisan itu pergi MAKA sebuah kelegaan akan hadir. Dan pada detik itu kamu baru sedar yang diri kamu tidak berhak untuk mengatakan bahawa hari esok tidak membawa sebuah pengharapan dalam sebuah kehidupan dirimu.
Didiklah diri kamu menghadapi sebuah pengorbanan yang bagaimana, yang kamu menangis untuk hari ini tapi kamu mampu bangkit untuk keesokan hari.
Ya bukan mudah. Aku mengaku ia sangatlah sukar. Aku tidak mengiyakan dengan mudah untuk diri yang sudah jatuh untuk bangkit setelah perit melalui hari yang penuh perjuangan tapi cubalah...cubalah dan terus mencuba. Kerana dengan mencuba sesuatu yang diri kita rasa mustahil itulah yang akan menghasilkan sebuah keindahan.
Jadikan diri hidup dalam keadaan positif dalam sebuah perjuangan ajar kita mampu terus berlari terus kehadapan dengan penuh hemat dan cermat.
Buya Hamka pernah menitipan sebuah kata:
yang takut gagal
kerana yang tidak pernah gagal hanyalah
orang-orang yang tidak pernah melangkah.
Aku titipakan sebuah kata yang tidak seberapa ini untuk kalian yang sedang jatuh dalam hidup. Bangkitlah, kerna pelangi indah sedang menanti kalian.
*NUKILAN INI DARI MANUSIA YANG KAMU LIHAT LUARNYA BIASA TAPI DALAMNYA PENUH RASA SAYANG.
Comments
Post a Comment